PAKEJ MELANCONG KE KOREA - SAIGON









KOREA - SAIGON
Pakej Seoul, Nami Island & Saigon, Vietnam.
( 6H / 4M )






HARI Pertama KUALA LUMPUR / SAIGON (MM)

Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Saigon, Vietnam. Tiba di Saigon anda akan dibawa melawat Bandar Saigon. Makan malam dan sembahyang di masjid. Selepas itu ke airport untuk penerbangan ke Korea.

HARI Kedua NAMI ISLAND / SUWON (SP/MT/MM)
Sampai di Incheon, anda akan disambut oleh wakil kami. berangkat ke Nami Island. Lawatan di Nami Island yang menjadi tempat pengambaran filem ‘winter sonata’. Makan tengahari. Berangkat ke Suwon. Bermalam di Suwon.

HARI Ketiga EVERLAND (SP/MM)

Setelah bersarapan, check out hotel dan berangkat ke Everland. Everland merupakan taman thema yang tercantik di Korea. Ianya seakan-akan movie world di Gold Coast, Australia. Peserta akan diberikan 5 tiket percuma untuk bermain atau menyaksikan pertunjukan di sana. Tiada makan tengahari disediakan. Sebelah petang membeli belah di pasar terkenal di Korea iaitu ‘Namdaemun Market’ disini terkenal dengan tempat membeli kerongsang untuk orang perempuan. Makan malam – Halal. Check-in di hotel.

HARI Keempat INCHEON / SEOUL ( MT/MM )

Selepas bersarapan pagi, lawatan dimulakan ke Istana Kyongbok (dibina pada 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun dan merupakan istana utama raja. ). Selepas itu melalui ‘Blue House’ -tempat kediaman Presiden. Makan tengahari di Itawon – HALAL. Sebelah petang anda akan dibawa ke ‘National Ginseng Outlet’, ‘Amethyst Factory’ (batu berwarna ungu), Makan malam – Halal. Balik ke hotel di sebelah malam.

HARI Kelima SEOUL / SAIGON (SP/MT/MM)
Awal pagi, berangkat ke airport untuk penerbangan ke Saigon. Sarapan pagi dan last-minute shopping. Sampai di Saigon, check in hotel. Selepas itu membeli belah di Ben Than market. Makan malam dan kembali ke hotel. Bermalam di Saigon.

Hari Keenam SAIGON / KUALA LUMPUR (SP)

Selepas sarapan pagi, berangkat ke airport untuk pulang ke Kuala Lumpur.
0 Responses

Post a Comment